Thursday, May 10, 2012

Aktiviti jahit-menjahit minggu lepas..

0 comments
Minggu lepas ibu sempat juga jalankan aktiviti jahit-menjahit. W/pun agak kekurangan masa sebab kena lebih fokus pada anak2 yang semakin hari semakin lasak, menjaga makan minum & keharmonian keluarga.. 

Apa yg ibu sempat buat? Ibu sempat potong sepasang lagi baju kurung. hehe.. kain Datin bagi masa raya thn lepas. Siap potong & jahit tepi. Harap2 minggu ni adalah masa untuk menjahitnya. Untuk aisyah pula ibu baru siapkan pola baju kurung. kainnya belum sempat dipotong. Nanti kalau sudah siap baju2 ni, ibu akan sharekan kat sini.. Selain tu, ibu juga sempat siapkan alas fridge untuk member ofis. Bersungguh2 dia mintak ibu buatkan.. oleh sebab dia pun tak kisah color & kain, so ibu pun guna je stok2 yang ada kat rumah tu.. jeng jeng jeng.. inilah hasilnya.. :P

Wednesday, April 25, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Perak

4 comments
Cuti seminggu awal bulan April dihabiskan bersama family. Aisyah & Adam sgtlah suka main ayaq, Jadi kami pergi tempat yang boleh mandi manda.. Hari 1st tu pegi menginap kat Felda Residence Hot Spring Sunagi Klah. Tak pernah dengar pun.. Abah yang bagi idea. So pergi je..

Dari KL drive lebih kurang 1 - 2 jam. Sampai dlm tgh hari. Rest jap. pastu jalan2 tgk kawasan. Best jugak. Suasana kampung. Dalam ladang kelapa sawit. Cantik. Petang baru bawak anak2 mandi kolam. Dari bilik nak ke kolam kena jalan sikit. Ada 2 kolam, kolam air panas & biasa. Mandi2 kolam air biasa dulu, bila si 2 beradik ni dah puas mandi baru berendam dlm kolam air panas. Unik jugak tempat ni. Ada beberapa kolam air panas dengan suhu berbeza. Yang suhu 100 C pun ada. Siap ada tempat untuk rebus telur lg. :P

Tidur 1 malam je kat sana.. sempat mandi manda 2 kali.. cukuplah untuk si kakak & adiknya tu. itu pun dah senyum sampai telinga.... sebab kami ada 1 tempat lg untuk mandi2.. ceritanya kat bawah..

Bilik & Kawasan sekitar

Mandi Manda..

Sekitar kolam air panas..

Hari kedua pegi jalan2 area Lumut. Pekan kecil yang agak comel. Banyak betui kedai jual hasil laut. Takde yang best sgt. Bergambar ala kadar... pastu check in hotel budjet. Esoknya kami nak p Lost World of Tambun. Memang best jalan2 time xcuti sekolah. Orang tak ramai. Kat Tambun tu puas betui main ayaq. bebudak2 ni la paling seronok. Masuk pukul 11 sampai 6 baru kluaq. 

Wednesday, March 21, 2012

Jahit Menjahit - Projek untuk Dapur..

2 comments
Sarung bantal belum siap sepenuhnya, tapi tangan ni gatal pulak potong kain untuk langsir tingkap dapur. Dgn keazaman yg tinggi.. hahaha. jahit punya jahit.. 2-3 hari, akhirnya siaplah. Lagipun ada request dari cik abg. so, buatlah secantik yg mampu. bukan setakat 'melepaskan batuk di tangga' tau.. :P Cik abg komplen langsir lama xcukup panjang. so, org luar nampak kita kat dlm.. hehe memang pun sebab yg lama tu alter dari langsir sedia ada ja.. jom tgk langsir dapur baru ibu..

ni langsir lama.. xcukup panjang n lebar.. :(

Langsir baru.. lebih panjang. Lebar pun cukup. hehe.

Oleh kerana terlebih rajin.. sebagai bonus kepada diri sendiri :) ibu jahit skali alas peti sejuk punya .. 1st time buat ni. tak sangka menjadi. :p ibu gunakan kain lebihan langsir tadi. so, jadilah sedondon.. :)

Alas peti sejuk ku.... :)

Sunday, March 11, 2012

Aktiviti Jahit Menjahit

0 comments
Hari ni ibu ambik EL sebab kena jaga aisyah yang diserang chicken pox. Xboleh la p sekolah nanti berjangkit plak dgn kawan2 lain. Adam xkena lagi. Tapi harap2 xkenalah sebab dah ambik suntikan vaksin. so, adam selamat dari virus chicken pox biasa. Kalau 'luar biasa' xdpt larilah... huhu

Adam ibu hantar taska, bagi teacher dia jaga. hehe. Time2 macam nilah ibu kena gunakan sepenuhnya. hari tu masa tok & wan Kubuq Panjang mai, kami p jakel. ibu beli la beberapa meter kain untuk buat sarung bantal. dapat yg murah. apa lagi. beli punya beli rasanya terlebih beli ni. untuk sarung bantal, satu jenis 3 meter. ibu ambik 3 jenis. ha.. ni dah jahit 4 helai termasuk utk aisyah ngan adam, jadi 6. guna 1 jenis ja.. xhabis pun ada lebih sikit lagi. emm memang terlebih dah ni..

Alang2 p jakel beli jugak 2 pasang kain untuk buat baju kurung.. nilah namanya tak tahan godaan.. huhu. nasib baik dah siap jahit 1 pasang. so, ada sepasang lagi belum potong. tunggulah dulu.. Sejak beli mesin jahit ni, ibu dah berjaya siapkan 2 pasang baju kurung.. 1 baju kurung pahang, 1 lg yg latest baju kurung pesak gantung.. xtau sangat jenis2 baju kurung ni.. kalau xsilap la itulah nama2nya... huhu paling best jahit yg pesak gantung. senang sikit.

Ibu bukannya pandai menjahit sgt. belajar sendiri2 ja. tengok contoh baju yg dah siap. bila dah siap & menjadi tu rasa best sgt. inilah hobi terbaru ibu.. menjahit. hehehe..

Kain2 yang dibeli di jakel untuk baju & sarung bantal.. huhu

Baju kurung siap dijahit... Gambar kecik tu jahitan kat tangan n bawah baju untuk org2 yg malas jahit tangan mcm ibu.. hehe

Bantal peluk aisyah & adam dengan sarung baru.. Kena buat sama sebijik kalau x berebut. :p

Sunday, March 4, 2012

Bacalah Anakku

0 comments
Tahun ni Tadika Vonad mula mengajar baca dengan kaedah fonetik menggunakan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Sebenarnya dah lama ibu beli siri bacaan tu, sejak aisyah umur 3 tahun lagi tapi aisyah xminat belajar lagi masa tu. Sejak bersekolah ni barulah nampak minat aisyah nak belajar. Alhamdulillah dah masuk buku 4. Ok la. Kat rumah nak belajar tu kena ikut mood dia. Selalunya masa nak tido tu, barulah aisyah nak baca. Ibu dah ngantuk dah.. huhu Adam pulak slalu jadi penyibuk.. emm cabaran betui. So, Aisyah ada 2 setlah siri bacaan Anakku ni. 1 kat rumah & 1 lagi kat sekolah.. Nanti adam besar sikit, boleh turunkan kat adam pulak. :)
Minggu lepas ibu pegi Ekspo Buku2 Islam dengan acik. Ibu teman acik cari buku dia. Sebab kat situ boleh guna baucer buku 1 Malaysia. :) Ada booth Bacalah Anakku. So, apa lagi ibu terus beli "Abu Ada Ayam". Lagu fonik Bahasa Melayu. Dah lama aisyah mintak. Memang suka betullah dengan Cd tu. Adam pun menyanyi jugak. Tapi adam ambik part yg belakang ja.. hehe Ibu belikan sekali posternya untuk lekat kat dinding bilik aisyah. Beli kat ekspo buku dapatlah murah sikit. Memang berbaloi. :P

Monday, November 21, 2011

Cuti Yang Panjang...

1 comments
Salam semua. Sejak adam terkena jangkitan virus dalam mulut hinggalah ke hari ni, ibu masih bercuti.. setia menemani anak2 ibu yg sakit. w/pun ibu juga sakit. huhu.. Lepas adam, ibu, abah n aisyah pula dijangkiti. Adam kena kuarantin 2 minggu kat rumah lepas discharge, so, harap sempatlah kami semua sihat sepenuhnya sebelum adam n aisyah pegi sek, ibu masuk ofc balik. Ibu terpaksalah bercuti pjg sepanjang tempoh ini. Nasib baik bos ibu memahami orgnya.. :P

Kronologi jangkitan mulut Adam Rafiq :
9/11/2011 - Demam
10/11/2011 - Ulser penuh bibir atas dan bawah
11/11/2011 - Bibir bengkak teruk + ulser merebak lidah
11/11/2011 - admit Hospital Colombia
15/11/2011 - discharge
16 - 30/11/2011 - kuarantin

Dari manalah datangnya virus ni?? tiba2 je serang adam. kesian anak ibu. kecik2 lagi dah masuk wad. 4 mlm tu. Sekarang aisyah pulak kena. w/pun tak seteruk adam, tapi hati ibu tetap sedih. Harap kakak aisyah cepat sembuh ye. Mesti kakak rindukan sekolah, teacher n kawan2.. sian..

Ibu xsure apa nama jangkitan ini. cuma dari cakap doktor, ia adalah jangkitan virus dlm mulut. boleh berjangkit. Masa adam kena admit tu dah teruk sgt, mulut bengkak besar. Mula2 ingat HFMD tapi tak sebab tangan n kaki clear.

Simptom :
1. Demam
2. Berbijik2 ulser naik di bibir atas, bawah, lidah
3. Gusi atas, bawah membengkak
4. hilang selera makan

Oklah.. kalau anak anda ada simptom2 ni cepatlah bawak ke klinik..

Friday, October 7, 2011

INTIPATI DAN RINGKASAN BAJET @ BELANJAWAN 2012

0 comments
 
INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap - antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.
Peruntukan rancakkan pembangunan
  • Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
RM1 bilion untuk sekolah
  • Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
  • Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
Felda
  • Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
  • RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
Yuran sekolah
  • Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
  • Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
Gaji penjawat awam
  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Persaraan
  • Umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
Keluarga tentera
  • RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
  • Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Skim rumah pertama
  • Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Subsidi rumah
  • Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat
  • Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
Teksi persendirian
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
  • Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
Perlindungan kepada gelandangan
  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.
Simpanan persaraan - KWSP
  • Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Pinjaman TEKUN
  • Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
Penjawat Awam
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
Meringankan Kos Sara Hidup
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Rancangan Tebatan Banjir
  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Coretan Ibu Aisyah... Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template